Embassy News 003: Go Youth Carnival 2009
PROSBOC, in a way has turn up the heat (in a great way tho..) to fill up the gaps made by the organizers. See the pictures to believe. (will up date on the pics soon)
If you want to know the true feelings of the participants scroll down and read the comments I have gathered from a very reliable source.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji sama ada permainan video sesuai dikategorikan sebagai satu daripada cabang permainan rekreasi atau sukan seperti catur dan snuker.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata sekiranya permainan video memaparkan aspek positif merangkumi strategi, intelektual dan kepantasan, ia perlu dilihat dalam aspek kesukanan seperti catur dan snuker yang sudah diiktiraf dan diletakkan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).
"Status permainan video masih lagi samar. Kita tahu selama ini kafe siber atau permainan video sering dipandang negatif oleh masyarakat dan disebabkan itu juga, pengeluaran lesen kafe siber diperketatkan.
"Bagaimanapun, jika permainan video terbukti memaparkan aspek positif, kita rasa ia lebih kepada aspek kesukanan dan bersedia melihat serta mengkategorikannya dengan lebih cepat, sama ada sebagai satu bentuk riadah atau boleh dikategorikan sebagai acara sukan," katanya.
and i quote
" Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Karnival Go Youth anjuran Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Youth) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini semalam.
Karnival bertemakan 1Belia 1Malaysia itu diisi pelbagai aktiviti seperti perhimpunan kereta terbesar disertai 7,000 peserta bersama 2,500 kereta dari 52 kelab seluruh negara, bazar myusahawan, konsert mini, pertunjukan tarian shuffle, grafiti, paintball, cabutan bertuah dan permainan tradisional. "
This carnival was held on the 25th July 2009, from 7.00 a.m and onwards.
Read more...